Sunday, 10 April 2016

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2016


ANJURAN :PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

HARI : KHAMIS

TARIKH : 7 APRIL 2016

MASA : 1.30 PETANG


KEMAHIRAN :

1. WUDUK
2. SOLAT ZOHOR

SEMOGA KEM INI BERJAYA DAN ANAK-ANAK DIDIK DAPAT MANFAAT UNTUK PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN... INSYA ALLAH

Saturday, 23 May 2015

Aktiviti Hujung Tahun 2014

persaraan Mr Heng Aik Hwa
Khatam Al Quran 2014 ...


Senyum Dan Sendu 2015

Saringan Sukan
Pertukaran Tn GB ; Tn Hj Kamaludin Saad

MTQ Zon Pendang

Belajar daripada Otai dalam pengacaraan...

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM SEM 7 KEPADA PPG PJJ UPSI KOHOT 3

Assalamualaikum....
Selamat menyiapkan diri untuk menghadapi exam dalam cuti nanti... Semoga semuanya akan sukses dan dapat meneruskan pengajian dan menamatkannya pada sem hadapan

Sambutan Hari Guru 2015 DI SK PENDANG

model on the year...hihihi



dengar ucapan tn gb

tunggu nak makan

Salam Syaaban; TAZKIRAH MINGGUAN




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Rabbisyrahli sadri, wayassirli .... ila akhir
 Assalamualikum wbh….
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi meneruskan perjuangan kita iaitu menuntut ilmu.
Pada pagi ini Alhamdulillah ustazah beri peluang untuk memberikan sebagai peringatan untuk diri ustazah dan juga kita semua yang bertajuk amalan dalam bulan Syaaban.
 Bulan Syaaban berkedudukan kelapan dalam tahun Hijrah dan merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemulaan. Syaaban berasal daripada perkataan ‘sya’ba’ yang bermaksud berpecah dan menyimpang.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dinamakan Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa  bulan Syaaban.”
 Syaaban juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin termasuk memerangi nafsu.
Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Sabda Nabi SAW:  “Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban
Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah;
 1)     Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”  Kata saya (Nabi Muhammad): “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”  Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Cuba kita cek balik adakah kita terdiri dari apa yang telah disebutkan dalan hadis yang ustazah sebutkan tadi.
Pelajar2 yang dirahmati Allah sekalian
keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
  Pertukaran Arah Kiblat
Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.
Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.
1.  Puasa sunat.
Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW dimana baginda lebih banyak berpuasa di dalamnya.

2.  Bertaubat dan Beristighfar.
Digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika
.
3.  Berzikir
Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebutan yang banyak.” Firman-Nya lagi: “Sebutlah (zikir) akan Allah dengan sebutan yang banyak semoga kamu mendapat kemenangan.”
Zikir juga mempunyai kelebihan. Dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya, hati tenang dan tenteram. Ia dijamin oleh Allah Yang Maha Mengetahui sebagaimana firman-Nya: “Orang yang beriman dan tetap hati mereka dengan menyebut akan Allah, ketahuilah bahawasanya dengan menyebut akan Allah itu menenangkan hati.”

4.  Berselawat
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah SWT. dan Rasulullah SAW, selain mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

5.  Berdoa
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)

6.  Berqiamullail Dan Meghidupkan Malam Nisfu Syaaban
Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

7.  Berbuat Baik Dan Bersedekah,
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran. Perbanyakkanlah amal soleh dan menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.
Bersedekah suatu amalan yang suci murni lagi terpuji sebagai keperihatinan dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.

8.  Beristiqomah
       Baginda SAW juga menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit kerana  beristiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah
Ustazah sangat berharap kamu akan mengambil dan merebut peluang melakukan ibadat dalam bulan syaaban yang mulia ini.
Jadi ustazah rasa sampai disini saja tazkirah yang ustazah sampaikan pada kali ini...ustazah juga memohon maaf jika terdapat kesilapan dalam penyampaian tazkirah ini....
Apa yang baik adalah daripada Allah dan yang kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri...
Sekian wabillahitaufikwalhidayah