بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Rabbisyrahli sadri, wayassirli .... ila akhir
Assalamualikum wbh….
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul
pada pagi ini bagi meneruskan perjuangan kita iaitu menuntut ilmu.
Pada pagi ini Alhamdulillah
ustazah beri peluang untuk memberikan sebagai peringatan untuk diri ustazah dan
juga kita semua yang bertajuk amalan dalam bulan Syaaban.
Bulan
Syaaban berkedudukan kelapan dalam tahun Hijrah dan merupakan bulan kedua
selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemulaan. Syaaban berasal
daripada perkataan
‘sya’ba’ yang bermaksud berpecah dan menyimpang.
Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Dinamakan
Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang
berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa
bulan Syaaban.”
Syaaban juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia
memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan
ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah
sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin
termasuk memerangi nafsu.
Di samping
memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas
keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Sabda Nabi SAW: “Sya’aban adalah
bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Peristiwa
Penting Di Bulan Syaaban
Antara
peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah;
1) Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi
Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata ,
Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua
tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad): “Hai Jibril, apakah erti
malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300
pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan
Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka
permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan
riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka
mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka
mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Cuba kita
cek balik adakah kita terdiri dari apa yang telah disebutkan dalan hadis yang
ustazah sebutkan tadi.
Pelajar2
yang dirahmati Allah sekalian
keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban
seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga
dipanggil:
- Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
- Lailatul Baraah (malam pelepasan),
- Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan
penentuan)
- Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
- Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
- Lailatul Syafaah (malam syafaat)
- Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
- Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang
tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Pertukaran Arah Kiblat
Selepas sampai
ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan
Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.
Pada 15 Syaaban
tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di
dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan
Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa
di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di
Makkah al-Mukaramah.
1. Puasa
sunat.
Syaaban adalah
antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW dimana baginda lebih
banyak berpuasa di dalamnya.
2.
Bertaubat dan Beristighfar.
Digalakkan juga
untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan
ini. Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam
agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan
taubat pada setiap masa dan ketika
.
3.
Berzikir
Allah SWT
berfirman:
“Wahai orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebutan yang banyak.”
Firman-Nya lagi: “Sebutlah
(zikir) akan Allah dengan sebutan yang banyak semoga kamu mendapat kemenangan.”
Zikir juga
mempunyai kelebihan. Dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya, hati tenang
dan tenteram. Ia dijamin oleh Allah Yang Maha Mengetahui sebagaimana firman-Nya:
“Orang yang
beriman dan tetap hati mereka dengan menyebut akan Allah, ketahuilah
bahawasanya dengan menyebut akan Allah itu menenangkan hati.”
4.
Berselawat
Berselawat
kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada
Allah SWT. dan Rasulullah SAW, selain mengerjakan segala suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
5.
Berdoa
Doa dipohon
sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak
mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup.
Rasulullah SAW
bersabda:
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10
Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
6.
Berqiamullail Dan Meghidupkan Malam Nisfu Syaaban
Sunat
menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam
tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
7.
Berbuat Baik Dan Bersedekah,
Sambutlah
kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran. Perbanyakkanlah amal soleh
dan menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.
Bersedekah
suatu amalan yang suci murni lagi terpuji sebagai keperihatinan dengan nasib
dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.
8.
Beristiqomah
Baginda
SAW juga menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang baik terutama dalam
ibadat khusus seperti solat sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan
secara berterusan walaupun sedikit kerana beristiqomah dalam melakukan amalan
kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri
secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati
Allah
Ustazah sangat
berharap kamu akan mengambil dan merebut peluang melakukan ibadat dalam bulan
syaaban yang mulia ini.
Jadi ustazah rasa sampai disini saja tazkirah yang ustazah
sampaikan pada kali ini...ustazah juga memohon maaf jika terdapat kesilapan
dalam penyampaian tazkirah ini....
Apa yang baik adalah daripada Allah dan yang kurang adalah dari
kelemahan diri saya sendiri...
Sekian wabillahitaufikwalhidayah