Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.
Tegasnya , maklumat dan artikel dalam blog ini adalah hasil buah fikiran dan pandangan peribadi penulis dan ia bukanlah mewakilili mana-mana organisasi.
Nabi Muhammad saw ketika usia kanak kanak dan remaja
Dr Mustaffa Siba’ie menyebut
beberapa kisah kehidupan Nabi saw ketika kanak-kanak dan remaja. Kisah yang
menunjukkan ketinggian akhlak seorang yang bakal membawa risalah Islam akhir
zaman. Kisah Nabi saw yang mesti menmjadi teladan kepada kita sebagai pendakwah
di zaman ini.
1. Keturunan Yang Mulia – Nabi saw
berketurunan dari Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang
paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah ‘Arab yang paling mulia dan
berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di
kalangan bangsa Arab.
Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a.,
daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad
yang sahih).
Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w.
adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan
celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda
cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang
direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
(PENGAJARAN – Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau keturunan yang hina.)
(PENGAJARAN – Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau keturunan yang hina.)
2. Baginda membesar sebagai anak
yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru
mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda,
Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah
merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,
Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8
tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya
dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan
dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan
firman Allah Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim
piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6)
(PENGAJARAN : Ketabahan pendakwah
menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil,
menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Dia
menjadi lebih belas simpati kepada anak yatira, orang miskin dan mereka yang
diseksa. la juga menjadikan beliau berusaha untuk berlaku adil, melakukan
kebajikan dan mengasihi golongan ini. Setiap pendakwah perlu kepada aset peri
kemanusiaan yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orangyang
lemah dan susah. Tiada yang boleh membekalkan perasaan kemanusiaan ini
kepadanya kecuali beliau sendiri mengalami kesulitan yang dirasai oleh golongan
yang lemah seperti anak-anak yatim, para fakir dan miskin.)
3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan
empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani
Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang
sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan
baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian
dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang
bersih.
4. Keunggulan Baginda telah
diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan
yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul
s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk di
atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada
seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu,
bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul
Muttolib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.
5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w.
mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat
(1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْرَعَى
الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله قَا لَ: وَأنَا
Semua nabi pernah mengembala
kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku
juga begitu.
Dalam riwayat lain, Baginda
bersabda:
مَا بَعَثَ اللهُ نَبِيا إِلا
رَعَى الغَنَمَ فَقَالَ لَهُ اَصْحَابُهُ : وَاَنْتَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ فَأَ
جَابَ: وَأَنَا رَعَيْتُهَا لأ هْل مَكَّتً
عَلىَ قَرَ ارِ يطَ
عَلىَ قَرَ ارِ يطَ
Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat.
Kemudian, apabila umur Baginda
mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda
berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
(PENGAJARAN : Dalam urusan sara
hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber
pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau hina.
Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan pemberian
orang).
6. Baginda s.a.w. tidak menyertai
rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan
berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala
tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia
remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di
Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi
Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas
terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan
sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak
pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
(PENGAJARAN : Kehidupan pendakwah
yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan
beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Ini
kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang mencemuh keperibadiannya
ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai yang kita temui
melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar orang
ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang
tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng).
Marilah kita berusaha memiliki
keperibadian dan akhlak yang baik sebagaimana RasuluLlah saw. Semoga ALlah
sentiasa memberi kekuatan dan pertolongan untuk terus memperbaiki akhlak dan
keperibadian kita.
Dipetik daripada :
kisahteladan.info/rasulullah/kelahiran
Peristiwa sekitar kelahiran Nabi Muhammad saw
1. Kemuliaan Ayahanda Nabi Muhammad SAW
Abdul
Muthalib, kakek Nabi Muhammad SAW orang yang dipercaya memelihara serta menjaga
ka’bah dan sumur zam-zam. Saat Abdul Muthalib mengajak penduduk mekah
bergotong-royong memperbaiki sumur zam-zam, banyak yang menolak dan hanya
beberapa orang saja yang membantunya.
Pada waktu
kesulitan itulah Abdul Muthalib bernazar jika dia dikaruniai sepuluh anak
laki-laki ia akan mengorbankan satu diantaranya. Ketika Abdul Muthalib telah
dikaruniai sepuluh anak laki-laki, nazar tersebut benar-benar dilaksanakannya.
Untuk menentukan siapa yang akan dikorbankan, Abdul Muthalib mengundinya.
Undian pun jatuh kepada Abdullah (ayah Nabi Muhammad SAW).
Atas saran
kaum quraisy dan saran seorang perempuan ahli nujum dari Hijaz, undian itu
harus diulang bukan dengan anak-anaknya tetapi dengan sepuluh ekor unta. Namun
hasil undian itu tetap jatuh kepada Abdullah. Demikianlah undian itu
diulang-ulang hingga jumlah unta menjadi seratus ekor. Setelah jumlah unta
mencapai seratus, undian pun jatuh kepada seratus ekor unta. Undian itu diulag
sampai 3 kali dan hasilnya jatuh kepada seratus ekor unta. Akhirnya Abdul
Muthalib menyembelih seratus ekor unta, dan selamatlah Abdullah dari
penyembelihan karena Allah SWT berkehendak menjaga Abdullah.
2. Hancurnya Pasukan Gajah
Nabi
Muhammad SAW lahir pada tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah.
Tahun
kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut tahun Gajah karena pada tahun itu datang pasukan
tentara gajah. Pasukan itu dipimpin oleh seorang raja dari negeri Yaman bernama
Abrahah. Disebut tentara gajah karena Abrahah dan tentaranya datang dengan
membawa pasukan gajah. Tujuannya adalah menyerbu kota Mekah untuk menghancurkan
Ka’bah.
Ketika
pasukan bergajah itu telah mendekati Mekah, mereka berhenti dan membuat kemah.
Kemudian Abrahah mengirim seorang utusan kepada Abdul Muthalib sebagai penjaga
Ka’bah. Utusan itu menyampaikan pesan bahwa kedatangannya untuk menghancurkan
Ka’bah. Namun Allah SWT menjaga dan melindungi rumah suci itu. Allah SWT
mengutus segerombolan burung Ababil yang membawa batu kerikil yang sangat panas
dari Sijjil (tanah yang terbakar). Burung-burung itu melempari tentara Abrahah
sehingga hancur binasa. Selamatlah Ka’bah dari kehancuran karena pertolongan
Allah SWT. Peristiwa ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surat Al Fiil ayat
1-5.
B.
Peristiwa Luar Biasa pada Malam Kelahiran Nabi Muhammad SAW
1. Mimpi Abdul Muthalib dan Aminah.
Pada malam
kelahiran Nabi Muhammad SAW Abdul Muthalib melihat sebuah sinar terang keluar
dari punggungnya. Cahaya itu menyinari seluruh dunia hingga terang benderang.
Begitu pula Aminah (ibunda Nabi Muhammad SAW), pernah bermimpi melihat cahaya
keluar dari tubuhnya dan menyinari istana Kerajaan Syam.
2. Langit
indah diatas Kota Mekah.
3. Api
sesembahan orang Majusi mendadak padam.
4. Istana
Kisra Unusyirwan rusak.
5. Kesaksian
para pendeta Nasrani.
Seorang
Yahudi ahli kitab di Yatsrib melihat sebuah bintang cemerlang yang tidak pernah
terlihat sebelumnya. Orang Yahudi menceritakan bahwa munculnya bintang itu
pertanda seorang nabi pasti telah lahir.
C.
Peristiwa Luar Biasa setelah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Diantara
kisah luar biasa itu antara lain :
1.
Keberkahan bagi keluarga Halimah Sa’diyah.
Asal mulanya
kambing Halimah Sa’diyah kurus-kurus dan air susunya kering, tiba-tiba air
susunya penuh sehingga dapat mencukupi kebutuhan hidup sehari-hari.
2. Nabi
Muhammad SAW dibelah dadanya.
Ketika usia
4 tahun, Nabi Muhammad SAW dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril. Dari dalam
dadanya itu dikeluarkan segumpal daging yaitu hati.
Dari hatinya
itu dikeluarkan segumpal darah hitam. Malaikat membuang sifat-sifat kotor dan
memasukkan sifat-sifat baik ke dalam hati Nabi Muhammad SAW.
3. Meminta
hujan melalui Nabi Muhammad SAW.
4. Pertemuan
dengan Pendeta Bakhiro.
Ketika
Muhammad berusia 12 tahun, beliau diajak oleh pamannya Abu Thalib, berdagang ke
negeri Syam. Disana Nabi Muhammad bertemu dengan pendeta yang bernama Bakhiro,
dia mengatakan bahwa pada pundak Nabi Muhammad ada cap kenabian, sehingga
pendeta Bakhiro tadi menyarankan agar Abu Thalib segera membawa pulang ke Mekah
karena khawatir ada orang yang berbuat jahat.
SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
A.
Keadaan Penduduk Mekah Menjelang Kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Sebagian
besar penduduk Mekah menyembah berhala. Akhlak dan tingkah laku mereka sangat
buruk, moralnya sudah rusak. Minum-minuman keras dan mabuk-mabukan sudah
menjadi kebiasaan sehari-hari.
Usaha dan
perekonomian mereka sudah cukup maju. Mereka suka berdagang ke luar negeri.
Diantara mereka banyak yang menjadi saudagar, namun dari hasil usahanya untuk
berjudi, berfoya-foya dan mabuk-mabukan.
Selain
menyembah berhala mereka juga percaya kepada Tahayul, percaya kepada ramalan
nasib, mereka suka mengundi nasib dengan anak panah di depan berhala Uzza dan
di dekat Ka’bah.
Dalam
masyarakat Arab terdapat beberapa golongan. Diantaranya adalah golongan
bangsawan, yaitu golongan dari keturunan terhormat. Nabi Muhammad dilahirkan
dari keluarga golongan bangsawan Quraisy yang sangat dihormati dan disegani.
B.
Silsilah Keturunan Nabi Muhammad SAW.
Ayah Nabi
Muhammad bernama Abdullah bin Abdul Muthalib. Setelah menikah dengan Aminah,
Abdullah pergi berdagang ke negeri Syam. Dalam perjalanan pulang Abdullah sakit
hingga meninggal dan dimakamkan di Madinah. Abdullah wafat, Aminah sedang
mengandung Nabi Muhammad SAW. Sehingga ketika beliau lahir dalam keadaan Yatim.
Ibunda Nabi Muhammad SAW bernama Aminah binti Wahab, berasal dari kota Madinah.
Aminah adalah wanita terhormat dan berbudi luhur.
i. Nabi Muhammad SAW lahir.
Nabi
Muhammad SAW lahirpada hari Senin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah
bertepatan tanggal 20 April 571 Masehi.
Aminah
menceritakan pada waktu melahirkan dia merasakan di sekelilingnya ada cahaya gemerlap
bagaikan bintang berjatuhan. Pada waktu itu kakek Nabi Muhammad SAW, Abdul
Muthalib sedang berada di Ka’bah, mendengar cucunya lahir Abdul Muthalib pulang
dan merasa bangga serta gembira karena cucu yang dinantikan sudah lahir.
Kemudian Abdul Muthalib memberi nama Muhammad artinya “orang yang terpuji”.
i. Masa Bayi Nabi Muhammad SAW
1. Tanggapan
Masyarakat Mekah terhadap Kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Masyarakat
Mekah menyambutgembira atas kelahiran Nabi Muhammad SAW, karena ia adalah cucu
laki-laki dari Abdul Muthalib yang sangat dihormati.
2. Nabi
Muhammad SAW dalam Asuhan Halimah.
Ketika Nabi
Muhammad SAW masih bayi, beliau disusui oleh ibunya selama 3 hari. Kemudian
disusui oleh Suwaibah selama beberapa hari. Selanjutnya disusui oleh Halimah
binti Abi Dzuaib dari DESAH Sa’diyah selama 4 tahun. Suami Halimah Sa’diyah
bernama Haris bin Abdul Muthalib Uzza yang terkenal dengan sebutan Abu Kabsyah.
Keluarga Halimah sangat menyenangi Muhammad. Mereka mengasuh dan menyayangi
Muhammad dengan penuh kasih sayang seperti kepada anaknya sendiri.
3. Nabi
Muhammad SAW Menjadi Yatim Piatu
Setelah 4
tahun Halimah mengasuh Nabi Muhammad SAW lalu mengembalikannya kepada ibunya
Aminah. Sejak itu Nabi Muhammad SAW diasuh oleh ibunya sendiri dengan dibantu
oleh seorang wanita bernama Ummu Aiman.
Ketika
berumur 6 tahun Nabi Muhammad SAW diajak ibunya pergi ke kota Yasrib untuk
berziarah ke makam ayahnya dan mengunjungi keluarganya yang tinggal di Yasrib.
Dalam perjalanan itu, ikut pula Ummu Aiman.
Dalam
perjalanan pulang Aminah sakit parah hingga wafat dan dimakamkan di desa Abwa’
yaitu desa yang terletak antara Mekah dan Madinah. Dalam usia 6 tahun beliau
sudah menjadi yatim piatu.
4. Nabi
Muhammad SAW dalam Asuhan Abdul Muthalib.
Selesai
pemakaman Aminah, Ummu Aiman membawa Nabi Muhammad SAW pulang ke Mekah ia
menyerahkan kepada Abdul Muthalib, kakeknya. Namun, Allah SWT berkehendak lain.
Abdul Muthalib hanya sempat mengasuh cucunya selama 2 tahun. Abdul Muthalib
meninggal dalam usia 80 tahun. Setelah kakeknya wafat beliau ikut pamannya Abu
Thalib.
DIPETIK DARI SUMBER INTERNET
Sebab anda perlu Mandi Wajib
- Bertemu dia khitan atau bersetubuh
- Keluar mani walaupun sedikit.
- Mati melainkan mati syahid.
- Keluar haid bagi perempuan.
- Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
- Wiladah atau melahirkan anak
Rukun Mandi Wajib
(cukup 3
rukun ini, mandi wajib anda Sah)
- Niat
- Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
- Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar
mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku
mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi
disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku
mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi
disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku
mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa
Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib
- mengadap kiblat
- membaca basmalah
- membasuh dua tapak tangan
- mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
- menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
- berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
- tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
- membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
- Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
- Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
- SUMBER INTERNET
Dah banyak bahan mama letak kat blog ni....
ReplyDeleteNAK AMBIL BAHAN INTERNET XA BOLEH BUAT SCRIBC PULAK..... SO COPY & PASTE JE LA....
ReplyDelete