Siapa
guru di hati masyarakat
Saban
tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada
warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan
tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar
sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari
Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan
mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga
sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu,
bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina
Negara Bangsa”.
Walhal,
guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas
bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis
dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang,
“Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah
bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.”
Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera.
Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan
melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin
kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan
yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara
sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
maju.
Pada era
digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada
putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan
maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan
wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen
satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator
untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu
menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai
ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam
pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih
minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar
mencapai akademik yang cemerlang.
Salah
satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan
golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal
ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia
tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan
kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa
menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke
arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan
bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap
penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati
diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang
memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Kita
perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna.
Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan
hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita
seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial,
seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya
guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan
sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru
perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan
pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk
memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke
pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat
madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak
muridnya hingga akhir hayat.
Guru
selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik
dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang
bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak
murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima
kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa
dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah
demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar
berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri
dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa
dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi
pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi
jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Natijahnya,
komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan
insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia.
Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya
dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang.
Selamat Hari Guru.
Diambil daripada blog Cikgu Tan
http://twoohiok.wordpress.com
inilah kita warga guru... Semoga keberkatan mengelilingi warga guru dan guru-guruku
ReplyDeleteSalam...tahniah,blog yang cantik dan berinformasi. Maklumat ini boleh dijadikan panduan untuk guru-guru dalam membina generasi cemerlang.
ReplyDeleteterima kasaih... boleh je...
ReplyDelete