Pengenalan Blog
Alhamdulillah,
dengan izin Allah, akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri telah berjaya.
bermula dengan hanya impian kini ia menjadi kenyataan. Dengan status sebagai
seorang guru Pendidikan Islam di sekolah
rendah, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata,
amatlah sukar untukku bersekang mata mengadap laptop. Namun dengan satu tekad
menjadi mahasiswa di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, maka persepsi itu telah berubah. Maka bermulalah
episod ini. Bagi melengkapkan syarat kursus yang meminta setiap pelajar
mempunyai blog. Syarat kursus ini,
akhirnya dapat dirasakan bahawa mempunyai blog adalah satu keperluan bagi para
guru di era ini. Ia berfungsi sebagai salah satu alat bantuan mengajar dan
penyebaran ilmu. Blog ini memudahkan diriku untuk berinteraksi dengan pelajar
dan waris yang menggunakan ict sebagai
salah satu alat bantuan belajar. Maka, blog ini diwujudkan untuk turut
berkongsi ilmu dengan rakan-rakan guru, para pelajar dan juga ibubapa . Semoga
blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyaallah.
Ikhlas
dari hati
FAIZA HASSAN
SK PENDANG
Ikhlas dari hatiku.
ReplyDeleteTerima kasih para pensyarah, sahabat dan individu yang telah membantu menyiapkan blog ini
Wah..dah cantik blog kak Faiza. Tahniah, akhirnya terhasil juga blog yang diinginkan..
ReplyDeleteThanks aishah..tapi x la sehebat aishah...
ReplyDeleteAlhamdulillah... ustazah adalah seorang murabbi & pendidik kpd sy supaya cintakan ilmu..insya Allah, blog sebagai satu alat kpd kita utk sampaikan ilmu..
ReplyDeleteبَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."