Tuesday 25 December 2012

Kita Adalah Sama



Saling memerlukan
Bagai aur dengan tebing


Sememangnya tidak dinafikan bahawa berpendidikan tinggi itu bermanfaat utk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Setakat mana taraf pendidikan kita baik diploma, ijazah, master atau PHD itu semua tidak membezakan sesama kita. Apa yg membezakan kita adalah tahap kemahiran kita dalam menangani sesuatu perkara.

         Kita sebenarnya saling memerlukan dan bukan sebelah pihak sahaja sentiasa menang dan menopoli semua perkara. Tidak juga sebelah pihak sahaja berkuasa veto dalam membuat keputusan. Apa yang penting kita semua wajib mendengar pandangan sesama kita dan sebaik-baik jalan penyelesaian adalah dengan "perbincangan yang harmoni" bukan dengan sikap memendam rasa.

         Boleh jadi "si berpendidikan tinggi" mahir dalam sesuatu bidang tetapi dia tidak mahir dari segi lain dan boleh jadi "si berpendidikan rendah" tidak mahir dalam sesuatu bidang tetapi dia mahir dari sudut lain. Inilah yang membuatkan sesama kita sebenarnya saling memerlukan (give n take)

         Kepandaian kita atau kemahiran kita dalam sesuatu perkara boleh jadi menjadi satu hala sahaja kerana apa yang kita belajar dan fokus adalah hal itu sahaja. Ada diantara kita yang mahir soal pendidikan tetapi tidak mahir dalam soal kehidupan dan sosial. Ada juga dikalangan kita yg tidak mahir dalam pendidikan tetapi mahir dari segi kehidupan dan kemasyarakatan.

         Kadang2 dalam sesuatu situasi, pandangan yg berpendidikan rendah lebih bernas dari berpendidikan tinggi dan boleh jadi kadang2 yg berpendidikan tinggi lebih bernas dari yang berpendidikan rendah. Apa pun situasi jauhilah diri dari bersikap ego, mendabik dada dan menganggap yg diri kita sahaja betul dan org lain salah.

         Tanda awal kita saling mencintai sesama kita adalah "mahu" dan "mampu" mendengar apa yg perlu kita dengar. Seterusnya tanda kita mampu bertoleransi adalah bilamana kita mampu mengakui apa yang kita tidak tahu atau apa kesalahan kita.

         Dunia dan ilmu Allah ini luas. Kita akan mencapai kebaikan dan kemenangan selagimana kita mampu merai, menghargai dan berkasih sayang sesama kita. 

         Apa pun situasi baik hal rumahtangga, keluarga, kerjaya, dan sebagainya kita semua adalah sama. Apa yang berbeza adalah sejauhmana sudut pandang kita akan sesuatu perkara. Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati yang terus ditujukan pada Allah ta'ala. insyaAllah, jika betul niat kita, maka betul juga amalan kita. update selalu niat dan perbetul amalan kita selagimana kita mampu melakukannya.

p/s : semua insan adalah "sama" yg membezakan kita adalah "taqwa" . Jadikan kelebihan kita sebagai penampung kekurangan org lain dan jadikan kekurangan diri kita utk melebihkan kelebihan org lain. baru "fair" kan? ^_^

No comments:

Post a Comment